Nur Fatin Farhana Bt. Fauzi

Assalamualaikum :)

Suatu hari yang sangat indah, pada tanggal 19 Mac 1996, lahirlah seorang bayi yang sangat comel yang diberi nama Nur Fatin Farhana Bt. Fauzi. Sekarang, beliau sudah pun berumur 15 tahun. Orang nya cantik, menawan, putih gebu, tinggi, jari halus, pandai, memiliki senyuman yang amat manis, semua yang pandang pasti akan terpikat.

Maka, nak dijadikan cerita.. Aku mula rapat dengan Fatin semasa berada di darjah 6. Sebelum tu, cuma kawan biasa sahaja. Lama kelamaan, aku, Siti Khairiyah, Siti Issyafira, Hanisah Hazwani dan Noor Farhana Sharieda mula berkawan rapat. Sehinggakan masuk Sekolah Menengah pun sama. Kitaorang takkan and taknak berpisah. Itulah janji kami.

Fatin ni seorang yang sangat periang. Jarang nak tengok dia bersedih. Ada saja gelak tawa dia yang membuatkan satu sekolah dengar, celoteh dia, hehe sesiapa yang dengar mesti akan ketawa, seronok sangat! Fatin seorang yang sangat lurus. Hehe I mean it.. Dia percaya tentang semua benda, apa yang kami berlima cakap. Dia percaya semua, dan tak pernah bantah. Tapi, lepas dia tahu yang kami tipu, dia mencebikkan muka, dia pura-pura merajuk. Hehe comel sangat! Tapi tak lama, dia pasti akan gelak ketawa kembali ;)

Aten, kau ingat tak masa kau mula-mula nak pindah TEDA? Kau tak habis-habis call aku, sebab kau takut. Kau cakap dekat aku, kau taknak berpisah dengan aku. Sampaikan pergi rehat, pergi berak pun kau nak ikut aku kemana-mana je hahahaha. Tapi takda rezeki, kau kena pindah kelas lain sebab aliran KHB kita tak sama. Tapi kau still jugak cakap and janji takkan tinggalkan aku.. Kan? Kau masuk satu kelas dengan Farahani. Hmm :') Mana janji-janji kau Aten? Kau lupakan aku. Kau tak rapat dengan aku. Ye, aku tahu tanpa kau sedar kan? Tapi aku perasan semua tu Aten, sebab aku yang rasa, bukan kau. Aku taknak salahkan sesiapa, aku taknak salahkan kau, aku taknak salahkan Farahani. Tapi, aku fikir positif, ada orang yang lebih berhak, lebih bagus, yang boleh jaga kau iaitu Farahani..

Fatin Farhana, kau ingat lagi tak yang aku gaduh dengan kau? Aku marah kau, iyelah, mana tak nya, kau main keluar sesukahati tanpa pengetahuan ibu bapa kau. Lepastu ibu kau telefon aku, tanya kau. Padahal aku tak tahu apa-apa pun. Rupanya kau dekat rumah Esha. Aku cakap baik-baik suruh balik, jangan buat mak kau risau. Lepastu kau marah aku. Hm.. Kau tahu tak apa aku rasa masa tu? Aku rasa macam haih.. Teruk sangat ke aku ni? Aku sayang kau Fatin. Aku taknak kau kena marah dengan mak kau. Aku taknak kau menangis lagi. Lepas kau balik rumah, kau call aku. Kau cakap kau kena marah dengan mak aku. Aku dah agak.. Tapi, kau marah-marah aku jugak. Masa tu aku tak boleh tahan, aku tertengking kau. Aku menangis semahu-mahu nya. Tapi, lepastu kau call aku balik kan? Kau minta maaf. Aku rasa seronok sangat sebab kau sedar kesalahan kau. Aku kembali ceria. Aku maafkan kau Fatin, sebab aku SAYANG kau :D

Fatin, aku rindu kau yang dulu. Aku nak kita semua kembali macam dulu. Aku taknak berpisah dengan kau. AKU TAKNAK! Walaupun aku sakit hati macam mana sekalipun dengan kau, aku tetap sayang kau. Aku taknak berpisah dengan kau. Sekarang ni, kau ada penyakit. Khamis ni kau nak buat pembedahan Scoliosis kan? It's a high risk operation dear. Fatin.. Aku takut :( Aku takut untuk berpisah dengan kau. Aku taknak kehilangan kau. Nanti siapa nak jadi budak lurus? Hehe. Aku akan sentiasa berdoa untuk kau sembuh cepat, supaya aku boleh dengar lagi gelak ketawa kau, tengok senyuman kau :')

Ya Allah Ya Tuhanku, Aku berlindung kepadaMu Ya Allah.. Kau sembuhkan lah penyakit Nur Fatin Farhana Bt. Fauzi. Kau kuatkanlah semangat dia untuk hadapi semua ini. Kau ampunilah dosa-dosa dia Ya Allah.. Ya Allah, kau panjangkanlah umur dia. Kau berilah yang terbaik untuk dia. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan sekalian alam, Yang mendengar, kau makbulkan lah Doa ku ini Ya Allah.. Kau makbulkan lah Doa ku ini..


Nur Fatin Farhana, I know you're reading this. I just wanna let you know that I love you very much my dear girl. Promise me that you wont leave me okay hunny? I love you. I love you. Aku minta maaf kalau selama ni, aku banyak sakitkan hati kau, aku marah kau. Aku minta maaf.. Aku sayang kau. Ingat ni Fatin! Too much memories that we have been through kan? Tak boleh nak tulis kesemuanya dekat sini.

Coretan kali ini, ditemani oleh air mata ku. Aku sedih sangat. Maaf Aten, aku tak boleh tahan, aku dah menangis. Sincerely, Syamim Syahirah Bt. Abd Khalid.

2 comments: